Sabtu, Januari 21, 2012

PENGAMBILAN PEGAWAI GRADUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Untuk mendapatkan maklumat bagi sesi pengambilan ini sila muat turun maklumat yang tertera dibawah. Tarikh tutup adalah pada 31 Jan 2012.

MUAT TURUN IKLAN PENGAMBILAN

PENGAMBILAN PERANTIS TENTERA DARAT

Tentera Darat Malaysia mempelawa pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang vokasional selama 2 tahun di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma. Anda juga akan diberikan elaun bulanan dan setelah tamat pengajian, anda akan diberikan pekarjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Lokasi Sesi Temuduga: Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat, Kem Sirusa, 71050 Port Dickson Negeri Sembilan.
Tarikh Sesi Temuduga: 26 Januari 2012.
Masa Sesi Temuduga: 8:00 pagi hingga 5:00 petang


MUAT TURUN IKLAN 

Khamis, Januari 05, 2012

Kaedah terkini untuk belajar & menghayati Al-Quran




Mengikut kajian, terdapat ramai orang yang ingin belajar membaca Al-Quran. Mereka ini adalah daripada golongan yang berumur dan ramai juga yang masih muda seperti kanak-kanak & remaja. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan belajar Al-Quran di madrasah-madrasah dan surau-surau, manakala golongan yang berumur akan belajar di masjid atau di rumah dengan mengupah ustaz peribadi sebagai 'home tutor' kepada mereka. 
Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa ramai golongan berumur ini menghadapi pelbagai halangan & rintangan untuk belajar membaca Al-Quran. Antaranya ialah:

1) Suasana pembelajaran di masjid-masjid biasanya tidak selesa bagi kebanyakan golongan berumur ini. Ini kerana kelas bacaan Al-Quran biasanya dihadiri oleh ramai peserta. Mereka berasa malu untuk membaca di hadapan peserta-peserta lain kerana bimbang akan melakukan kesilapan ketika membaca Al-Quran.

2) Golongan berumur ini juga berasa malu untuk meminta guru mengulang kembali ayat yang sama beberapa kali walaupun mereka tidak jelas tentang cara bacaan yang betul. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka tidak dapat belajar secara sempurna.

3) Faktor lokasi masjid yang mungkin jauh bagi sesetengah orang juga boleh menyebabkan golongan berumur ini membatalkan niat mereka untuk belajar Al-Quran di masjid. Tidak semua orang mampu untuk mengupah ustaz / ustazah sebagai 'home tutor' mereka.

Justeru kita melihat bahawa golongan berumur ini mempunyai hasrat untuk mempelajari Al-Quran, namun mereka tidak mampu mendapatkan kemudahan yang sewajarnya dalam industri pembelajaran Al-Quran.
Sebagai alternatif buat mereka yang ingin belajar & menghayati Al-Quran, memperkenalkan satu gajet terbaru yang dikenali sebagai Pen Al-Quran Digital. Ia dihasilkan sebagai salah satu alternatif buat mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan menggunakan teknologi terkini.  Ia amat mesra pengguna dan mudah digunakan oleh semua peringkat umur.
Dapatkan maklumat lanjut di sini:

http://www.myqurandigital.com/index.php?ref=ilieyz

Sabtu, Disember 10, 2011

MUFFLER COTTON ORIGINAL
HAND WATCH COMBAT WITH HAND WATCH COVER
T SHIRT 10 BRIGADE PARA SIZE L
T SHIRT PARA MAROON SIZE L
BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT

Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
BEG PARA HITAM (LAPTOP)
JUNGLE BAG CAMO TD
1+5 POUCH SET

Selasa, November 22, 2011



MALAYSIAN ARMY INTERNATIONAL TATTO AND INTERNATIONAL ARMY RUN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia akan mengadakan acara Army Tattoo, Army Static Display and Career Fair dan Army Run 2011. Maklumat tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 - 18 Disember 2011.
Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan.



Selasa, Oktober 11, 2011

TENTERA DARAT MALAYSIA:
SATU ANGKATAN TETAP GAGAH TETAP SETIA

Isnin, Oktober 10, 2011


SEJARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA



Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.


Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia  bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).


Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai Home Guard. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.


Konsep mempertahankan negara melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula sejak awal Zaman Pemerintahan British. Malahan konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan taat setia kepada raja untuk mempertahankan negara.


Januari 1874, dengan termeterainya Perjanjian Pangkor telah membuka ruang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada 1 Julai 1896, Persetiaan Persekutuan telah ditandatangani. Dengan ini, terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta campur tangan British yang lebih meluas. Berikutan dengan wujudnya Persetiaan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seolah-olah tertakluk kepada kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat, di mana segala masalah keselamatan dan pertahanan dirujuk kepada pemerintahan Negeri-Negeri Selat.


Sabtu, September 17, 2011

New Myvi Extreme 1.5: Lagi Power Lagi Best

New Myvi Extreme 1.5 liter didatangkan dengan jenis manual dan automotik.

Ditawarkan pada harga bermula RM50,900 hingga RM61,700 Enjin 1.5 liter 16V DVVT yang mampu menjana kuasa maksimum 76kW pada 6,000 rpm dan tork maksimum 136Nm pada 4400rpm.

Mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi prestasi Myvi SE 1.3 liter sebelum ini.

Dilengkapi dengan sistem brek auto (ABS) yang dipertingkat menggunakan brek agihan elektrik (EBD), sistem anti-pecah kunci, lampu projektor selain ditawarkan dua pilihan sistem audio sama ada sistem audio standard atau sistem audio multimedia dengan navigasi.

Reka bentuk kit badan yang lebih garang dan menarik, tempat duduk kulit, sistem audio multimedia dengan navigasi dan rekaan dalaman yang lebih eksklusif.